SPM NOVEL TIRANI
KARYA: BEB SABARIAH
KARYA: BEB SABARIAH
a)Latar memainkan peranan dalam perkembangan jalan cerita sesebuah novel.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.
(7 markah)
JAWAPAN
Berdasarkan novel Tirani karya Beb Sabariah,terdapat dua latar tempat dalam novel tersebut.Latar tempat yang pertama ialah Hotel Flamingo De La Rossa, Singapura..Hotel ini merupakan tempat di mana Waheeda bekerja ketika di Singapura selepas Waheeda menjalani pembedahan plastik pada bahagian mata dan hidungnya.Di hotel ini juga,Waheeda berjumpa dan berkenalan dengan suaminya,Zahid yang merupakan pelanggan hotel itu.
Latar tempat yang kedua ialah Chalet Tajau Emas,Sarawak.Chalet Tajau Emas merupakan chalet yang diuruskan oleh Waheeda dan pekerja-pekerjanya yang terdiri daripada ahli keluarga Waheeda.Peristiwa monyet belanda menyerang dan mencakar wajah Waheeda berlaku di Chalet Tajau Emas.Rentetan daripada peristiwa itu menyebabkan Waheeda perlu menjalani pembedahan plastik di bahagian mukanya.Dalam pada itu,Chalet Tajau Emas merupakan chalet yang menjadi tumpuan pelancong untuk menginap kerana pelbagai aktiviti disediakan di Chalet Tajau Emas.

SPM NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
KARYA: ABDUL LATIP BIN TALIB
a)Latar memainkan peranan dalam perkembangan jalan cerita sesebuah novel.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.
(7 markah)
JAWAPAN
Berdasarkan novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib,terdapat dua latar tempat dalam novel tersebut. Latar tempat yang pertama ialah Kampung Sungai Ramal.Adnan sekeluarga tinggal di Kampung Sungai Ramal. Kampung tersebut merupakan tempat Adnan dan adiknya dibesarkan oleh Pak Saidi dan ibu Adnan.Adnan membantu dan mengikut ayahnya pergi menoreh getah.Selain itu, tayar basikal Pak Saidi pernah dikerat oleh dua orang lembaga yang tidak diketahui kerana kejadian tersebut berlaku pada waktu malam. Pada malam tersebut,Adnan sempat membaling kayu belati kepada salah seorang lembaga tersebut. Selepas dua hari kemudian,barulah Pak Saidi dan Adnan mendapat tahu Nordin adalah pencuri tersebut kerana kaki kanannya bengkak.
Latar tempat yang kedua ialah Bukit Candu.Bukit Candu adalah tempat perpindahan kompeni askar-askar yang dibawah pimpinan Leftenan Adnan bagi meneruskan perjuangan.Pada waktu pagi,tentera Jepun datang dengan membawa bendera putih. Jepun mahu Askar Melayu menyerah kalah. Askar-askar Melayu tetap berjuang sehingga titisan darah yang terakhir demi mempertahankan kedaulatan negara.
mantap
ReplyDelete